Wednesday, November 11, 2009

Latihan semasa cuti akhir tahun 2009

Memandangkan cuti akhir tahun akan berlangssung selama hampir dua bulan, murid-murid dikehendaki menyempurnakan tugasan yang berkaitan tema-tema berdasrkan mengikut silibus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Maklumat diperoleh dari pelbagai sumber.

Tingkatan 1: Kebahagian Keluarga

Tingkatan 2: Masyarakat Harmoni pencetus keamanan

Tingkatan 3: Keunikan Budaya Kaum masing-masing

Tingkatan 4: Isu-isu semasa berlkaitan kenegaraan

Tingkatan 5: Penyakit-penyakit yang mengancam sejagat

Budaya Hidup Masyarakat 1 Malaysia

Malaysia terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu masyarakat Melayu, Cina dan India. Masyarakat ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Fenomena inilah yang membuatkan Malaysia dianggap unik dan dikagumi oleh masyarakat dunia.
Seiring dengan keunikan masyarakat tersebut,sesetengah pengamalan budaya masyarakat tersebut juga dapat diterima dan dijadikan budaya 1 Malaysia.Contohnya dari segi pakaian. Pakaian masyarakat Melayu telah diiktiraf dan diguna pakai oleh dua kaum yang berbeza iaitu baju kurung.Begitu juga dengan makanan masyarakat Melayu, Cina dan India juga telah digemari oleh masyarakat berkenaan. Roti canai, sinonim dengan masyarakat India. Kueytiaw pula masyarakat cina manakala nasi lemak memang popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Oleh sebab itu, tidak hairanlah keunikan tersebut diakui oleh masyarakat seantero dunia.